Friday, April 23, 2010

Program "Moh Poie Masjid Den" Siri Ke-2


JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, Pusat Serenti Jelebu, pihak FELDA dan Jawatankuasa Masjid FELDA Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan Program Moh Poie Masjid Den Siri ke 2 atau lebih dikenali sebagai Program Menjadikan Masjid Sebagai Tempat Persinggahan Bekas Penagih Dadah.
Program yang kali ke-17 dan kali kedua dilaksanakan di Negeri Sembilan ini telah diadakan selama 10 hari bermula pada 21 hingga 30 Julai 2008 bertempat di Masjid FELDA Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan. Peserta program terdiri daripada 25 orang Pelatih Pusat Serenti Jelebu, Negeri Sembilan, manakala penceramah-penceramah jemputan pula terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, JAKIM, AADK, Jabatan Kesihatan dan PENGASIH Negeri Sembilan.
Objektif program tersebut adalah untuk merangsang dan menggalakkan bekas penagih dadah mengamalkan nilai-nilai murni, memberi keyakinan kepada bekas penagih untuk kembali kepada masyarakat dengan cara hidup sihat dan memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap bekas penagih dadah dengan tanggapan yang positif.
Majlis Penangguhan Program disempurnakan oleh Y.B Hajah Zainab binti Nasir, Exco Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat merangkap ADUN Gemas. Turut hadir pada majlis tersebut Tuan Hj Aziz b Hj Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian KESUMA mewakili Pengarah Bahagian KESUMA, Ustaz Mahmood Fauzi bin Mat Taba yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sembilan, Pegawai Penyelaras, Us Mohd Zaki b Mat Salleh, Wakil dari AADK, Negeri Sembilan, Wakil Komandan Pusat Serenti Jelebu, Pegawai-pegawai daripada JAINS, Pusat Serenti Jelebu serta masyarakat setempat.
Sepanjang program, para peserta telah diterapkan dengan amalan zikrullah dan kerohanian agar disucikan hati dan jiwa daripada kesilapan lalu seterusnya menjalani kehidupan seharian dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mencontohi Sunnah, akhlak dan keperibadian Rasulullah SAW.
Semoga dengan usaha seperti ini dapat menyahut seruan Kerajaan untuk memerangi najis dadah sehingga negara sifar dari najis dadah menjelang 2015.




AJK Masjid bersama Peserta program bergotong-royong memasak juadah masakan






Majlis Penutup Program 'Moh Poie Masjid Den Siri Ke-2'



CARTA PENGURUSAN MASJID

NAHI MUNKAR :

- NGISUM HJ. MANAN
- JAMALUDIN WAN TEH
- S. A. BAKAR SELAMA
- ABDUL GHANI JALI
- ABDULLAH SANI
- HAJI KAMARUDIN
- NASARUDIN KOCIK

EKONOMI :

* HAJI RAMLAN SALIM
* ABDUL HAMID KATOR
* MD. ALI AYUB
* HAJI MAKMOR OTHMAN
* HAJI SAPAR KASMIR
* ABDUL RAHMAN JALIL
* MD SAIRI HARON

KECERIAAN :

@ ABDULLAH SANI
@ KHALIB BULAT
@ ARSHAD IBUS
@ KHALID YUNUS
@ MD YUSUF AMAN
@ ABDUL RAHIM SAPAR
@ JAAFAR HUSSIN

HAL EHWAL WANITA :

~ PUAN RUKIAH AGIL
~ PUAN SAADIAH FADIL
~ AHLI-AHLI GPW
~ KETUA BLOK WANITA
~ KUMPULAN YASSIN (W)
~ KUMPULAN P/AIN (W)

BELIA / BELIAWANIS :

# ASHARI ISMAIL
# SUSIL YANTI MISIRAN
# BELIA-BELIA FELDA

DAPUR SAJI :


= ARSHAD SIRAJ
= PUASA MD LANI
= ZAINUN DAYAT
= HAJI TAKSIS JONO
= MOHAMMAD LANI
= AHMAD SAMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA :


% HAJI SHUKOR OMAR (I)
% ABDUL RAHIM SAPAR (II)